Getar embun pagi meledak kepasrahan
Mengiakan takdir hilang ditirai mimpi duka
Ombak kalut memujuk sagara galak
Berteriak deras memanggil tengkujuh
Segara usahlah engkau pasrah
Ada syair yang aku gubah
Mahu terus disantun ke wajah
Biar burung-burung damai melayang megah
Mahu kamu tersenyum dipuncak indah
No comments:
Post a Comment