BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, January 21, 2013

HENTIAN KEESAAN





Di celah kekufuran kehidupan
Pementasan ritma hayat kaku
Menyinggahkan garapan keesaanNYA
Menerjah paluan rasa datang

Secangkir keinsafan di sebuah wakaf keesaan
Hamparan kenikmatan sentuhan paluan sejati
Menanggalkan suram lontaran jiwa
Terbaring dipeluk erat jasab
Mengejar arah berlintang dugaan

Melodi mimpi membengkak minda
Mengendong buruan waktu kabur
Debu putih laluan kesengsaraan
Waktu pudar yang mendewasakan kemanusiannya
Menerangi kalbu zalim berpaut resah
Lalu mewarnai rentak ceria sanubari


-ADNIE BAHIAH-
TAMAN TASIK PERDANA, KUALA LUMPUR
6.33 petang
(4/11/2012)

p/s: puisi ini tersiar di UTUSAN MELAYU pada hari isnin 21/1/2013 bersamaan
9 Rabiulawal 1434H

No comments:

Post a Comment