MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Sunday, April 29, 2012
PENGEMBARAAN HATI
Sebuah kehidupan hanya perhentian sementara
Tempat berteduh mengisi lelah hati
Dan mengutip bekalan pengembaraan diri
Jangan terlalu alpa dalam perjalanan
Kerana ia seakan menghampiri
Hakikat penghujung sebuah kehidupan
Ingatlah!
Berteduhlah di bawah kesementaraan dunia
Waspada melangkah onak dan durinya
Sebelum langkah kaki menerjah kembali
Ke gerbang azali penuh pasti
Dan saat dihitung di perkampungan hakiki.
ADNIE BAHIAH
PASIR MAS,KELANTAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment