MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Tuesday, April 03, 2012
ANTARA KAU DAN AKU
(diukir untuk adik-adik along)
Di antara kau dan aku
Ada janji yang tidak pernah putus
Ada cahaya cinta yang mengalir jernih
Di dalam jiwa tanpa di sedari kewujudannya
Antara kau dan aku
Air dicincang tiada akan putus
Keakraban di salah erti
Kadang-kala bergaduh seperti anjing dan kucing
Namun antara kau dan aku
Kasih kita berpanjangan
Kerana kita bersaudara seibu seayah
Sayang bertuntas tanpa kita menyedarinya
Kerana di antara kau dan aku
Saling berlindung di bawah payung kasihNYA
Di wajah kita ada rindu ibu
Di dalam senyuman kita ada
Kasih sejati seorang ayah
Antara kau dan aku
Akan tetap selamanya bersatu
Kerana kalian adalah adik-adikku
Yang akan dicintai setiap waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment