BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, November 24, 2011

PANTUN BUDI BAHASA




Dari negeri Pulau Selasih
Diberi raga oleh Datuk Bendahara
Dilihat berseri dipandang kasih
Santun dijaga budi dipelihara

Pokok redah pokok jati
Pulau Daik jadi sebutan
Bahasa indah lagi berseri
Budi baik jadi ingatan

Tanam ubi rapat-rapat
Biar tiada dinaik lalang
Santun budi dekat-dekat
Bicara kata disayang orang

Pergi Pulau Sekati menumpang orang
Hadiri jamuan makan-makan
Hutang budi tidak hilang
Menjadi kenangan sepanjang zaman


Pergi ke China menempah sutera
Singgah di Kemboja membeli serati
Budi bahasa ketika berbicara
Menjadi tanda mulia pekerti


Ruak –ruak hinggap di pohon nangka
Terbang bersama si ayam hutan
Jangan bercakap melepas kata
Kerana bahasa adalah intan

Di dahan rapuh hinggap burung kedidi
Lalu jatuh ke pohon ara
Sungguh indah cantuman budi
Untuk hidup lebih sejahtera.

Anak desa merantau seberang
Naik basikal terkena jerat
Jikalau ada budi berhutang
Mintak halal dunia akhirat.






P/S:Keluar tunas cipta edisi 0gos 2011



No comments:

Post a Comment