BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, November 24, 2011

Mengucup Sepasang Tubuh Kedewasaan






Mesra menjengah bayangan masa
Jarum berputar ke arah sudut rahsia
Perjalanan menjejak dari langkah bebayang keremajaan
Rimbunan kepastian mempalitkan senyuman
Akhirnya sepasang tubuh mengucup dewasa
21 musim menjenguk fatamorgana kehidupan

Kebahagian membungkari sauh hayat
Memegang indah sayap keriangan
Berlari membelah selautan sayu
Melatari kesementaraan tubuh dingin

Minda riak fikir menafsir
Persimpangan alur kotak kehidupan
Pesan ibu jangan menadah kecewa
Kepada yang menjanjikan mimpi-mimpi manis
Kasih di atas kaca ingatan kesengsaraan
Pesan ayah jangan bebas berbekas derita
Daripada belai dan pujuk setia
Cinta di bawah lampu khayalan duka.

Tersenyum melihat nasihat manja mereka
Esok mendongak ke ruang baru hari
Tidak akan sepi mendaki mengenal diri.

p/s:Puisi sempena ulang tahun kelahiran pada (22 Zulhijjah 1411H) pada tahun 1432H

No comments:

Post a Comment