BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, September 17, 2011

Kita rindukan mimpi serupa



Kita rindukan mimpi serupa
Impian cinta kita berputar di ruang kalbu
Menyinari takungan derita waktu
Lantas meninggalkan cerah cahaya berbunga bahagia.

Kita rindukan mimpi serupa
Di sudut waktu tidak kira pedih dan perit
Panas sang suria sentiasa
Menemani jiwa yang rindu.

Kita rindukan mimpi serupa
Cinta sentiasa mengalir suci ke
Lorong-lorong hati tanpa berwajah sepi
Dan tidak berombak ganas

Kita rindukan mimpi serupa
Buah cinta kita akan lahir sejuta
Generasi teladan menggendong kemanfaatan
Kemanusian sejagat pada setiap sudut zaman.

Kita rindukan mimpi serupa
Membina menara cinta dan
memekarkan harum sayang
Ke semerbak ruang hayat
setiap ketika dan hingga ke akhirnya.

Kita rindukan mimpi yang serupakan?????

1 comment: