BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, September 17, 2011

-MENUNGGU CINTAMU-




seberat mu sangka tidak akan ku jemu menjemput cinta
Kamu yang datang ke dalam lubuk hatiku kini…
Duhai kekasih mengertilah perasaanku kini yang menjadi milikmu Selama-lamanya…
tidakkah berat untuk kau mengerti semuanya..
Bahawa cinta itu berona dalam varia rasa berbeza…
Sampai bila kuharus menyembunyi erti perasaan ini yang abadi
Akan menjadi milikmu…

Izinkanlah kasih
Aku ingin mewarnai hatimu Dengan cahaya kasih sayangku
Aku tahu cahaya ini tidak akan malap
Walau seribu tahun aku setia menunggumu

Aku menunggu hatimu terbuka untukku
Masihkah ada ruang rindu dikalbumu…
agar kita bisa menyemai kasih ini biar abadi di lembah ilhamku…
sayang sukarkah kau mendalami hati ini??

jangan biarkan kasih ini ternoda dek kerana perasaan tidak ingin tahu mu itu…
aku mengharapkan rindu mu bertandang
biar ku dapat cerminkan kasih ini pada sukmamu…
biar kau mengerti aku terlalu cinta padamu sayang..
terlalu payah untuk kukikis rasa ini padamu
amat perit buat kuhapus varia itu untukmu…
berjam,berhari,berminggu,bertahun,dan berabad lamanya
aku setia menunggu cintamu hingga ke akhirnya…

No comments: