MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Friday, January 13, 2012
(SELAMAT TINGGAL BAYU LUKA)
29 DISEMBER 2011
Penghujung musim ini,
Aku mengucup sujud syukur
Mengucapkan selamat tinggal untuk segala kenangan
Yang pernah bertapa menyimpah rasa.
30 DISEMBER 2011
Hujan hati membawa secubit kesenangan
Buat aku mengukir senyuman gembira
Dan seribu kelegaan bahagia
Kerana terpadam semua luka
Selamat tinggal! ….
31 DISEMBER 2011
Esoknya bakal menjenguk ke daerah mimpi baru
Dengan sayap kedewasaan yang bersedia
Untuk menjengah langkah kehidupan
Penuh fatamorgana mesra!...
Dan 1 JANUARI 2012
Mungkin masih merenungi hayat….
Bukan hanya sekadar berkata-kata
Tetapi harus melunaskan kata
Supaya tidak terkesan segala derita,sengasara mahupun duka lara.
SEBUAH PUISI UNTUK BUDAK ITU!
Hari ini aku masih mengukir senyuman kemanusian
Namun engkau membalas dengan jelingan ego kejantanan
Lantas aku tidak banyak bicara kata
Tidak mahu terus bertikam lidah hampa
Engkau kebingungan aku tidak menjawab balas tanya
Sebenarnya aku tidak mahu terus mencipta sengketa
Kelak akan menyakitkan hatiku juga
Aku dan kau
Kita berlainan arus kehidupan
Memang aku tidak sempurna ciptaan tuhan yang diagungkan
Namun aku punya hati dan perasaan
Jiwa dan sanubari yang tidak tertahan dengan umpatan kejimu
Mengertilah engkau wahai budak bernama Ashrizz
Waktu akan mendewasakan kita
Aku tidak pernah menyimpan benci kepadamu
Malah jauh sekali dendam yang membara
Cuma terkadang geram yang bertapa
Kepada sikapmu yang sering mencipta sengketa.
GERAM YANG BERTAPA
(kepada Dia…Lelaki yang tidak matang)
Rasa yang bergelodak dalam kalbu
Geram yang bertamu dalam jiwa
Engkau dahulu melontarkan dendam
Membuat diriku terkesima sepi malu sendiri
Dalam labuh hari masih tiada maaf
Mungkin selamanya akan terus menyakitkan hati
Setiap saat hanya pejamkan mata
Mengharap engkau akan terus menghilang
Dari depan tubir mataku
Setiap minit hanya pekakkan telinga
Mengharap engkau akan terus membisu
Dari asyik memerli aku!
Ah,geramnya aku!
Kepada engkau yang sebenarnya
Seorang lelaki yang tidak pernah matang….
KATA DERITA
Duka kehidupan
Pengabdiannya hanya pada hujung kata
Perjalanannya hanya pada awal rasa
Pengakhirannya hanya pada tengah derita
Lara riwayat
Permulaannya menyinari ilham sanubari
Pertengahannya menyusuri sinar bahagia
Penghabisannya menanti rebah suara jiwa
WARNA LUKISAN MEMORI HATI
Aku harap tatasuria menerangi hati
Mewarnai damai rindu di kalbu hakiki
Tapi mendung menutupi ruang suria sejati
Menutup resah pada ruang merah memori
Aku kecewa dalam palitan malam menari
Seolah malam ketawa sepi
Meninggalkan aku tergapai ngeri
Menagih cinta pada simpati
Mengharap lukisan berbunga mimpi
Aku benci warna duka silam ini
Akan dibukti suatu hari nanti
Aku tidak perlu pamitan sanubari
Bukan dikesali samudera menanti
Membawa rindu ini berlalu dari hati
Pergilah cinta sepi dari hari
Jangan kau tagih lagi
Pada insan yang tidak sudi
Kerana percayalah duhai hati
Kelak cinta sejati datang mencari.
AKU TELAH JATUH CINTA
Aku merinduinya setiap saat
Mengingatinya setiap waktu yang berlalu
Kehadirannya membuat kalbuku hanyut
Pada bahagia yang bertakhta
Senyumannya sentiasa melakar di mindaku
Pada detik yang merasa
Aku ingin selalu berada disisinya setiap ketika
Agar rindu ini sentiasa tenang.
Kehadirannya melengkapkan jiwaku
Kerana dialah yang aku cintai
Yang selalu bermain di minda
Yang selalu menjalar di kalbu.
Terima kasih cinta
Kerana memberi aku rasa bahagia
Kerana mencintaiku tanpa air mata
Mempercayaiku tanpa persoalan
Memerlukan aku tanpa permintaan
Menerima aku tanpa perubahan
Mengimpikan aku tanpa peraturan
Untuk cinta sejati yang tidak akan pergi
Kerana itulah aku mencintaimu.
Bila Engkau Memandang
Bila Engkau Memandang
Segalanya dari tuhanmu,
Yang Menciptakan Segalanya
Yang Menampakkan Ujian,
Yang Menjadikan sakit hatimu
Yang Membuatkan keinginanMu terhalang Serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu…
Kerana masakan ALLAh sengaja
Mentaqdirkan segalanya untuk
Suatu yang sia-sia.
Bukan ALLAh tidak tahu
Deritanya hidupmu,retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu
Kerana Dia Tahu,
Hati yang sebeginilah yang selalunya
Lebih lunak dan mudah untuk dekat
Dan akrab denganNYA…
Subscribe to:
Posts (Atom)