Rabb,
Dalam dinihari
Aku hanya mahu menjadi kekasih-mu
Bermunajat dalam rindu keagungan-mu
Dalam pelukan waktu,
Hanya untukmu
Biarlah air mata luruh menggebu
Dalam syifa asma ul-husna-mu
Merasa dekatnya dengan kalbu
Rabb,
Betapa tangisan itu rindu
Hanya mahu menjadi kekasih-mu
Dalam-dalam musim yang tiada pilu
Aku tinggalkan jejak nafasku.
ADNIE
BAHIAH
PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR
P/S: tersiar di dewan tamadun islam edisi Disember 2017
No comments:
Post a Comment