BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, June 14, 2016

RINDU YANG PALING LARUT



rindu yang paling larut
di dada ingatanmu
berpecah-pecah menjadi kesakitan
gemeresik dalam luka perempuanmu
terpendam menganiaya jasad dan jiwa

rindu yang paling larut
adalah rumah ingatan
bersama kenangan berparut
yang terpaksa dilupakan.

KAMAR IMPIANA, PJ
13/6/2016

No comments:

Post a Comment