Bulan malam mengekor purnama,
Pungguk
alam tersenyum malu;
Resah kelam tidak bersama,
Dalam
diam menyusun rindu.
Awal dinihari pedagang tiba,
Di Teluk
Osaki berlabuh sementara;
Hanya sanubari menaruh hiba,
Dalam
hati rindu melara.
Tanam melati dekat-dekat,
Supaya
senang dibaja selalu;
Cinta hati tetap erat,
sentiasa
tenang dalam rindu.
Hendak menjerat seekor landak,
Umpan
disisih tanpa halia;
Hidup melarat tiada berkehendak,
Kerana
kasih tetap setia.
Mengambil padi di pasir kebumbun,
Dimakan
biduk setinggi kemuncup;
Apalah hati kasih setahun,
Kalau
tidak seumur hidup.
*tersiar di Tunas Cipta edisi disember
No comments:
Post a Comment