Aku adalah sebuah pelita
Yang ingin engkau
padamkan sementara
Walaupun hatiku
menganggapmu puspa
Aku adalah sebuah lagu
Yang benar engkau
rindu
Walapun mindaku
berselirat keliru
Kerana puisi adalah
doa-doa cintaku
Suara rahsia dalam
kalbu
hanya wujud di
kesepianku
KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH
14 NOVEMBER 2015
No comments:
Post a Comment