
Diakah pelukis sengsara?
Yang melukiskan pelbagai cerita
Tekun dia melukis pelbagai watak manusia kota
Yang lalu lalang tanpa mempedulikannya
Dia tetap setia dengan berus warna
Berkanvaskan kertas putih dan bakat sahaja
Melakar wajah manusia
Aku jadi ralit memerhatikannya
Pada pandangan sempurna
Sebenarnya,
Dia manusia yang luar biasa
Dari kita yang lalu-lalang bersahaja
Tanpa usaha yang nyata
JALAN TAR,
12 OGOS 2014
No comments:
Post a Comment