BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, June 30, 2014

sekeping gadis bunga




sekeping gadis bunga
akrabnya dia pada tulisan dan kata-kata
hanya jiwanya yang hidup pada setiap penjuru aksara
suaranya sepi seperti angin pagi
berdesir ombak dia tetap senyap

sekeping gadis bunga
yang hatinya sentiasa berbunga-bunga
bukan hanya senyuman yang ternganga
namun jawapan segala resah hatinya

sekeping gadis bunga
berkeping-keping hatinya tersenyum
dalam darah merah beku kaku
kerna tulisan jiwanya didamba
oleh segenap masyarakat dunia

maka, sekeping gadis bunga
hatinya aka terus berbunga-bunga
hingga pelosok hujung nyawanya
sampai sore senja melabuh tirainya

3 comments:

  1. puitis..

    Salam ramadhan Adnie :-D

    http://firaszahrafajar.blogspot.com/2014/07/muhasabah-ramadhan-bertaqwakah-kita.html

    ReplyDelete