MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Monday, December 03, 2012
SUMBANGSIH NAKHODA KEHIDUPAN
Kepahitan yang tertumpah pada perdu riwayat
Dikutip penuh kesyukuran padaNYA
Tabah memanjat duri dugaan
Sabar melintas redahan rintangan
Kemasaman yang dikunyah kerongkong hayat
Ditelan penuh kenikmatan pada Ilahi
Tulus mengabdi jalan manusiawi
Ikhlas mencari sesuap rezeki
Kekelatan yang dirasai bibir jiwa
Dimamah penuh insat pada Rabbi
Pasrah penyeri penawar rasa
Redha mewarnai pentas hati
Kemanisan yang menyinari lidah diri
Dirasai penuh anugerah kepada Allah
Sujud insaf usia ini
Sumbangsih kehidupan sebelum rebah.
NURUL ADNIE BAHIAH ZAHABA
P/S:Alhamdullilah puisi ini tersiar di dewan siswa pada bulan november 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment