MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Thursday, November 01, 2012
FIGURA RASA CINTA
Dimanakah aku ingin khabarkan rasa
Pada paluan duka nestapa
Atau pada hati yang berjiwa-jiwa?
Resah segala kata-katanya menyengat paluan kalbu
Mendikit air mata pilu
Yang aku leraikan selalu
Ya,aku ingin berteman
Bukan selalunya sepi sendirian
Namun jiwa kepasrahan tiada siapa yang tahu
Seolah sepi membisu suara manusia
Aku ingin berbicara rintih rasa
Lantas aku khabarkan pada tinta deria
Maha mendengar segala sengsara
Mengutip lelopak tangis sanubari
Mempedulikan aku mencari luhur teman
Mungkin aku bukan pendita
Yang bukan juga berparas jelita
Tetapi aku tetap punya kata
Memekarkan hayatku ke merata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment