BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, October 07, 2012

EPISOD PENCARIAN


Duhai misteri hati
mengapa tika ini
menjejak mimpi kaki senja
parut duka masih berbekas pilu
lecak hati menggunung silam
pencarian yang dinanti
belum pasti sebuah jawapan

cinta itu palitan ngeri
yang kau simbah dari jeritan kalbu
resah suara hati yang terdampar pilu
lantas kau pungut sepi
jatuh di sanubari
membentuk kanvas emosi

lalu lahirlah tinta beraksara
liku minda cinta
pada nanar hati misteri.


No comments:

Post a Comment